Taman Negara Bako, Bukit Lambir dicalon sebagai Taman Warisan Asean

Taman Negara Bako, Bukit Lambir dicalon sebagai Taman Warisan Asean

Keputusan penilaian pencalonan oleh Pusat Biodiversiti Asean akan diketahui September, kata timbalan premier Sarawak.

Taman Negara Bako di Kuching dicalonkan tapak Taman Warisan Asean. (Gambar Bernama)
KUCHING:
Taman Negara Bako di Kuching dan Taman Negara Bukit Lambir di Miri dicalonkan sebagai tapak Taman Warisan Asean, kata Timbalan Premier Sarawak Awang Tengah Ali Hasan.

Menteri sumber asli dan pembangunan bandar kedua Sarawak itu berkata, penilaian terhadap pencalonan itu dilaksanakan oleh pihak Pusat Biodiversiti Asean.

“Keputusan penilaian dijangka diketahui pada September,” katanya ketika sesi penggulungan pada sidang DUN Sarawak.

Awang Tengah berkata, dua taman negara itu dicalonkan susulan pengiktirafan Kompleks Gua Taman Negara Niah di Miri sebagai Tapak Warisan Unesco tahun lepas.

Sementara itu, Awang Tengah berkata, Sarawak mewartakan 2.1 juta hektar Kawasan Perlindungan Sepenuhnya, terdiri daripada 874,000 hektar kawasan daratan dan 1.2 juta hektar kawasan perairan marin.

“Bagi memperkukuh usaha konservasi hutan, Sarawak Forestry Corporation (SFC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak bagi kajian penyakit zoonotik, MoU dengan Pusat Biodiversiti Sarawak bagi kerjasama teknikal biodiversiti, dan MoU dengan Universiti Malaya dalam penyelidikan genetik,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.