Asean All Stars tewaskan United 1-0

Asean All Stars tewaskan United 1-0

Asean All Stars jaring gol kemenangan pada minit ke-72 menerusi Maung Maung Lwin dari Myanmar.

Asean team vs Manchester United
Pemain United, Alejandro Garnacho, cuba melepasi pertahanan Asean All Stars.
PETALING JAYA:
Asean All Stars menewaskan gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United, malam tadi dengan kemenangan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Separuh masa pertama berlaku tanpa jaringan hasil barisan mantap yang antara lain dianggotai Kapten Harry Maguire, Andre Onana, Rasmus Højlund, Diogo Dalot dan Kobbie Mainoo.

Jurulatih United, Ruben Amorim, kemudian membuat perubahan dengan menampilkan Bruno Fernandes, Amad Diallo dan Alejandro Garnacho, serta pemain muda Harry Amass, Toby Collyer dan Chido Obi.

Asean All Stars memecah kebuntuan pada minit ke-72 hasil jaringan Maung Maung Lwin dari Myanmar.

Seramai 72,500 penyokong hadir di stadium untuk meyaksikan perlawanan malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.