Warga emas maut dihempap buah kelapa sawit

Warga emas maut dihempap buah kelapa sawit

Kejadian berlaku ketika mangsa lelaki berusia 63 tahun bekerja di sebuah kebun di Kuala Selangor.

police line
Menurut polis, pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa.
PETALING JAYA:
Seorang warga emas dilaporkan maut akibat dihempap buah kelapa sawit ketika bekerja di sebuah kebun di Kuala Selangor, semalam.

Ketua Polis Kuala Selangor, Azaharudin Tajudin berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4.05 petang.

Katanya, pihaknya yang segera ke lokasi mendapati mangsa lelaki berusia 63 tahun berada dalam keadaan terbaring.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Ijok.

“Mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat,” katanya menurut Harian Metro.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Katanya, kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.