Sultan Brunei masuk IJN kerana ‘keletihan’

Sultan Brunei masuk IJN kerana ‘keletihan’

Menurut sumber, Sultan Hassanal Bolkiah dimasukkan ke hospital antara sidang kemuncak Asean-GCC dan Asean-GCC-China.

Sultan Hassanal Bolkiah AP 270525
Sultan Hassanal Bolkiah berada di Kuala Lumpur hari ini bersama pemimpin-pemimpin Asean yang lain bagi menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri China Li Qiang dan para kenamaan GCC. (Gambar AP)
KUALA LUMPUR:
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini akibat keletihan, menurut sumber kerajaan Malaysia.

Baginda berada di Kuala Lumpur hari ini bersama pemimpin-pemimpin Asean yang lain bagi menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri China Li Qiang dan para kenamaan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

“Baginda dimasukkan ke hospital antara sidang kemuncak Asean-GCC dan Asean-GCC-China,” kata sumber.

IJN yang dikhaskan untuk golongan kenamaan sepanjang Sidang Kemuncak Asean berkata, pihaknya tidak dapat mengeluarkan komen berhubung perkara itu, namun ia disahkan oleh sumber kerajaan Malaysia yang lain.

AFP juga telah menghubungi kedutaan Brunei di Malaysia untuk mendapatkan komen.

Sultan Hassanal, 78, yang menaiki takhta pada 1967, ialah raja paling lama memerintah dan antara individu terkaya di dunia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.