Man U lwn Asean All-Stars, bukan setakat sukan bertaraf dunia, kata presiden FAM

Man U lwn Asean All-Stars, bukan setakat sukan bertaraf dunia, kata presiden FAM

Joehari Ayub berkata perlawanan esok simbol kukuh perpaduan Asean menerusi sukan.

Manchester United - Ruben Amorim - Press Conference
Presiden FAM Joehari Ayub berkata kehadiran Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi penghormatan besar kepada negara.
KUALA LUMPUR:
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Joehari Ayub berkata aksi antara Manchester United melawan Asean All-Stars esok bukan sekadar acara sukan bertaraf dunia.

Perlawanan itu menjadi kebanggaan bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau ini.

“Perlawanan ini mewakili ‘matlamat’ bermakna untuk Malaysia di pentas bola sepak dunia dan simbol kukuh perpaduan Asean, menerusi sukan.

“Ia adalah perlawanan sangat baik kepada negara dan bola sepak Malaysia keseluruhannya,” katanya pada sidang media.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Events Group Julian Kam, Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) Khiev Sameth, Ketua Jurulatih Manchester United Ruben Amorim, dan pemain tengah, Mason Mount.

Joehari juga berkata, kehadiran Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah penghormatan besar, sambil menekankan sejarah kaya kelab terkenal itu.

Katanya, Manchester United, melambangkan nilai sepasukan, dedikasi, dan inspirasi global.

Dalam perkembangan berasingan, Amorim berkata menjadi ‘tanggungjawab’ United berada di Malaysia, meskipun berdepan musim sukar, amat mengagumkan melihat betapa ramai peminat kelab itu.

“Mereka (penyokong) mengikuti kelab ini bertahun-tahun lamanya dan bagi kami ia sangat penting mengekalkan hubungan itu.”

Ketika ditanya sama ada beliau melihat aksi esok sekadar ‘pertunjukan’ atau peluang membangunkan pasukan, Amorim berkata United melihat setiap perlawanan sebagai tanggungjawab besar kerana ia disaksikan peminat seluruh dunia.

“Kami mahu menghormati semua ini, segala perhatian, segala kebaikan daripada semua orang, jadi kami mahu beraksi baik.”

Esok, kesebelasan utama United termasuk kapten Bruno Fernandes, Rasmus Højlund, Harry Maguire, Diogo Dalot, Kobbie Mainoo, dan Amad Diallo akan menentang pemain Asean antaranya dari Malaysia, Azam Azmi Murad, Adib Abdul Raop, Sergio Ezequiel Aguero, termasuk kapten pasukan kebangsaan Kemboja, Mo Kan, dan kapten pasukan kebangsaan Vietnamese, Do Duy Manh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.