Pengawal keselamatan maut ditetak rakan akibat perselisihan faham

Pengawal keselamatan maut ditetak rakan akibat perselisihan faham

Polis berkata siasatan awal mendapati mangsa ke sebuah kuil, sebelum minum bersama sekumpulan lelaki di depan rumah ibadat itu.

garisan polis
Ketua Polis Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum suspek beredar dan kembali untuk menetak mangsa.
PETALING JAYA:
Seorang pengawal keselamatan maut ditetak rakan akibat perselisihan faham semalam.

Ketua Polis Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata siasatan awal mendapati mangsa ke sebuah kuil, sebelum minum bersama sekumpulan lelaki di depan rumah ibadat itu.

“Difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum suspek beredar dan kembali semula untuk menetak mangsa,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian di Taman Intan Baiduri, Kuala Lumpur itu pada 9.23 malam Ahad.

“Kita tiba di lokasi tiga minit kemudian dan mendapati mangsa berusia 44 tahun telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat,” katanya sambil menambah kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.