Cam penculik, pemilik kedai emas dilepas sebelum terima tebusan

Cam penculik, pemilik kedai emas dilepas sebelum terima tebusan

Suspek menculik mangsa selepas enggan menyerahkan 30kg emas.

Yusoff Mamat
Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat, berkata difahamkan mangsa kenal suspek dan usaha mengesan empat lelaki sedang giat dijalankan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sekumpulan penculik dipercayai panik lalu melepaskan pemilik kedai emas sebelum menerima sejumlah wang tebusan dalam kejadian di Palekbang, Tumpat, Selasa lalu, kata Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat.

Katanya, mangsa berusia 44 tahun itu diculik selepas berkeras enggan menyerahkan 30kg emas.

“Wang itu tidak sempat diserahkan kerana mangsa dibebaskan pada hari sama susulan tindakan pantas polis melancarkan operasi besar-besaran termasuk sekatan jalan raya di seluruh negeri dan kawasan sempadan.

“Kemungkinan besar suspek menyedari operasi polis dan bertindak melepaskan mangsa,” katanya kepada Bernama.

Yusoff berkata, difahamkan mangsa mengenali suspek dan usaha mengesan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan sedang giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365.

Sebelum ini, tular klip video memaparkan kenderaan mangsa dihadang dan dia secara paksa dibawa menaiki kereta Suzuki Swift berwarna kelabu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.