Pempengaruh disyaki hantar mesej lucah pada remaja ditahan

Pempengaruh disyaki hantar mesej lucah pada remaja ditahan

Lelaki berusia 22 tahun itu hadir ke IPD Gombak semalam dan direman untuk bantu siasatan.

Siti Kamsiah Hassan
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Siti Kamsiah Hassan mengesahkan pempengaruh itu ditahan untuk siasatan lanjut.
PETALING JAYA:
Seorang pempengaruh media sosial ditahan polis kerana didakwa menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja perempuan berusia 14 tahun.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 22 tahun itu hadir ke IPD Gombak semalam sebelum ditahan dan direman hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan mengesahkan lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, pempengaruh itu menghantar beberapa kiriman mesej termasuk gambar tidak senonoh kepada remaja itu.

Perbuatan tersebut terbongkar selepas ibu remaja itu menghubungi penyanyi rap Caprice untuk meminta bantuan sebelum membuat laporan polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.