
Perintah reman hingga 29 Mei terhadap kedua-dua lelaki itu dibenarkan Majistret Siti Aisyah Umar Baki selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Semalam, lima lelaki termasuk empat pegawai bank direman tujuh hari hingga 28 Mei ini bagi membantu siasatan berhubung kes sama.
Semua suspek dipercayai bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM300,000 daripada pemilik syarikat sebagai dorongan untuk meluluskan 39 permohonan pinjaman kewangan dengan menggunakan dokumen sokongan palsu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.