
Sehubungan itu, beliau kesal dengan kempen menggunakan maklumat tidak betul dan menasihatkan perbuatan berkenaan tidak diulang pada saat-saat akhir sebelum pengundian esok.
“Saya kesal sebab bila diberi peluang diberikan pentas kadang-kadang maklumat tak betul dan tak tepat disampaikan.

“Sampaikan media kena tanya saya betul ke apa disampaikan itu. Betul ke biro politik ada buat keputusan untuk tidak adakan pemilihan tahun ini. Tak betul,” katanya berucap dalam sesi temu rapat bersama calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersama anggota dan perwakilan parti.
Pada 16 Mei lalu, Rafizi mendakwa biro politik parti bersetuju untuk tidak mengadakan pemilihan tahun ini kerana bimbang persaingan sengit bagi jawatan tertinggi berisiko menimbulkan kekacauan.
Namun dakwanya keputusan mengadakannya selepas PRU16 dibatalkan atas alasan pemilihan parti perlu diadakan untuk membawa masuk ‘bakat baharu’ seperti R Ramanan dan Kamil Abdul Munim.
Fahmi berharap semua calon dapat berkempen secara sihat menjelang pengundian esok.
“Saya cuma kesal di peringkat pusat seminggu dua ini jadi terlalu hiruk-pikuk.
“Tak perlu (begitu). (Kita) nak damaikan keadaan,” katanya.