Tayar belakang bas UTM terbakar, 6 pelajar berjaya selamatkan diri

Tayar belakang bas UTM terbakar, 6 pelajar berjaya selamatkan diri

Pemandu bas tidak berjaya padam api, namun bomba tiba dengan pantas.

bas utm terbakar
Sebuah bas mengalami kerosakan akibat kebakaran di tayar belakangnya di kampus UTM di Johor Bahru hari ini. (Gambar X)
PETALING JAYA:
Enam pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka terbakar dalam satu kejadian di premis kampus universiti itu di Johor Bahru hari ini.

Dalam kejadian itu, pemandu bas terdengar bunyi letupan di bahagian belakang lalu memberhentikan kenderaan untuk membuat pemeriksaan, lapor Kosmo.

Ketika pemeriksaan, pemandu itu mendapati tayar belakang sebelah kanan bas terbakar dan beliau cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api namun tidak berjaya.

Sementara itu, UTM mengesahkan kejadian itu berlaku di perhentian bas Jalan Lingkaran Ilmu, berhampiran dengan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, namun tiada kemalangan mahupun kecederaan dilaporkan.

“Bomba tiba dengan pantas dan berjaya memadamkan kebakaran,” katanya dalam kenyataan.

“Satu siasatan dalaman sedang dibuat bagi mengenal pasti punca serta langkah pencegahan dan penambahbaikan untuk mengelak insiden sama berulang.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.