
Diteraju Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), program itu bertujuan mengangkat potensi penuh tenaga kerja Asean, selain memperkasa pembangunan bakat serantau.

Bertemakan ‘Memperkasakan Kemahiran, Mengukuhkan Asean’, Ayos 2025 menekankan kepentingan tindakan kolektif dalam kalangan negara anggota menangani ketidaksetaraan serantau, membuka potensi belia, dan meningkatkan daya tahan tenaga kerja.
Di bawah Ayos 2025, Simposium Pelaburan Pembangunan Modal Insan Asean (AHCDIS) bermula 27 hingga 28 Mei di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec).
“AHCDIS menyediakan platform kepada penggubal dasar, persatuan industri dan pakar untuk meneroka penyelesaian pembiayaan kemahiran yang inovatif.
“Serta mengetengahkan dana pembangunan, model berkesan dan amalan terbaik yang boleh disesuaikan bagi mempromosi akses inklusif peluang kemahiran di seluruh rantau ini,” menurut kenyataan itu.
Acara utama akan berlangsung juga melibatkan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW); Asean Training Market Conference (ATMC); Persidangan TVET Asean, selain Persidangan & Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2025, Forum Kemahiran Global (GSF); dan Asean untuk Pembangunan Modal Insan (AFMM-HCD).
Ayos 2025 yang dilancarkan pada 14 April di Kuala Lumpur, turut disokong Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan Asean Secretariat (Asec), menerusi kepakaran, sumber, dan panduan strategik.