Nahas FRU: 5 mangsa masih dirawat

Nahas FRU: 5 mangsa masih dirawat

Tiga daripada mereka masih dirawat di ICU Hospital Teluk Intan (HTI) manakala seorang lagi di wad biasa hospital berkenaan.

bas fru kemalangan
Dalam kejadian 13 Mei lalu, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak dinaiki berlanggar dengan lori di Teluk Intan. (Gambar Bernama)
IPOH:
Lima anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan pasukan dengan lori muatan batu di Teluk Intan minggu lepas, masih menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Hilir Perak, Bakri Zainal Abidin, berkata daripada jumlah itu tiga masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Teluk Intan (HTI) manakala seorang lagi di wad biasa hospital berkenaan.

“Dua anggota di ICU HTI dalam keadaan sedar dan diberikan bantuan pernafasan sementara seorang lagi menjalani prosedur pembedahan sejak pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bakri berkata seorang lagi anggota yang menerima rawatan di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, berada dalam keadaan sedar dan diberikan bantuan oksigen.

Pada kejadian 8.50 pagi 13 Mei, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.