
Katanya, gangguan memang berlaku namun tiada tuntutan wang.
“Betul, ada gangguan pada sistem, tetapi tidak ada berlaku meminta wang (tebusan) atau ‘ransom’ daripada sesiapa,” katanya menurut Harian Metro.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian setakat ini.
Terdahulu, Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai mendakwa sistem dalam talian milik DBKL digodam, dan penggodam menuntut wang tebusan USD55 juta.
Tan dipetik China Press sebagai berkata, beliau menerima maklumat terbabit daripada individu dipercayainya yang boleh diharap, sekali gus yakin insiden itu benar-benar berlaku.
Terdahulu, Maimunah dilaporkan berkata, gangguan itu menjejaskan capaian dan penggunaan sistem DBKL oleh orang awam.
“Sejak 1 Mei 2025, sistem-sistem ini menunjukkan pemulihan secara berperingkat. Kami jangka akses penuh kepada e-Lesson, e-Perumahan, ADU@KL, Tempah@KL dan sistem IPIT dapat dipulihkan sepenuhnya menjelang 20 Mei 2025,” katanya.