
Pasangan juara Asia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan gandingan Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer, dengan 20-22, 21-17, 21-12 dalam perlawanan selama sejam di Stadium Nimibutr.
Kemenangan itu menyusuli kejayaan di Kejohanan Asia di Zhejiang, China, Mac lepas.
Mereka juga pasangan kedua Malaysia menjuarai Terbuka Thailand dalam acara beregu lelaki selepas Chan Peng Soon-Lim Khim Wah melakukannya pada 2009.
Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD37,525 (RM161,130), manakala pasangan Denmark selaku naib juara menerima USD18,050 (RM77,500).
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, cipta sejarah tersendiri apabila meraih gelaran sulung musim ini dengan merangkul kejuaraan Terbuka Thailand.
Pada perlawanan final di Stadium Nimibutr, pasangan nombor 4 dunia itu menewaskan gandingan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo, dengan 21-16, 21-17 dalam tempoh 58 minit, sekali gus muncul pasangan wanita pertama Malaysia menjuarai kejohanan itu sejak diperkenalkan pada 1984.
Turun sebagai pilihan utama kejohanan, bekas juara Terbuka Perancis itu menampilkan aksi cukup bertenaga meskipun menerima tentangan sengit gandingan No.105 dunia pada set pertama sebelum beregu negara mendominasi set kedua.
Kejayaan itu menamatkan kemarau kejuaraan sejak kali terakhir muncul juara di Terbuka Hong Kong pada September tahun epas, selain merangkul kejuaraan Terbuka Switzerland (2021) dan Terbuka Perancis (2022).
Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD37,525 (RM161,191) manakala Na Eun-Yeong Woo meraih USD18,050 (RM77,542).