Jangan campur urusan pemilihan PKR, Amanah ingatkan ahli

Jangan campur urusan pemilihan PKR, Amanah ingatkan ahli

Setiausaha Agung Muhammad Faiz Fadzil berkata ahli diingatkan tidak membuat kenyataan cenderung mana-mana pihak di mana-mana platform media atau wacana.

Faiz Fadzil
Muhammad Faiz Fadzil berkata pemilihan yang berlangsung adalah urusan PKR dan ahli Amanah perlu menghormatinya sebagai proses demokrasi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Amanah mengingatkan ahli dan semua pimpinannya tidak mencampuri urusan pemilihan PKR, dengan membuat sebarang kenyataan cenderung kepada mana-mana pihak dalam mana-mana platform media atau wacana ilmu.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil, berkata pemilihan PKR adalah urusan parti itu dan ahli Amanah perlu menghormatinya sebagai satu proses demokrasi.

“Memandangkan pentas pemilihan ini adalah urusan PKR, pimpinan dan ahli Amanah di semua peringkat tidak harus mencampuri proses ini.

“Semua ahli Amanah perlu mengelak daripada membuat sebarang komen atau memberi pandangan dalam mana-mana platform media ataupun wacana berhubung proses pemilihan ini.

“Terutama kecenderungan memihak mana-mana calon bagi mengekalkan kesepaduan yang telah lama wujud antara Amanah-PKR,” katanya dalam kenyataan.

Pemilihan kepimpinan pusat pada 23 Mei ini tertumpu kepada pertembungan dua calon timbalan presiden iaitu Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar dengan masing-masing membawa tema HIRUK dan DAMAI.

Anwar Ibrahim pula kekal sebagai presiden PKR apabila tiada pencabar.

Pemilihan kali ini mendapat liputan meluas media kerana kali pertama berlangsung ketika PKR mengetuai kerajaan perpaduan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.