Giggs percaya musim belum tamat untuk Red Devils

Giggs percaya musim belum tamat untuk Red Devils

Bekas pemain sayap United itu berkata walaupun pasukan itu mengharungi prestasi suram dalam Liga Perdana, namun ia cemerlang Liga Europa.

Legenda Manchester United Ryan Giggs berkata pasukan itu harus memberi tumpuan kepada merekrut lebih ramai penyerang tengah untuk menjaringkan lebih banyak gol.
KUALA LUMPUR:
Legenda Manchester United, Ryan Giggs percaya musim belum tamat bagi Red Devils biarpun mengharungi prestasi suram dalam Liga Perdana, sambil memetik aksi ‘cemerlang’ pasukan itu dalam Liga Europa.

Giggs, yang telah memenangi 34 trofi bersama United berkata pasukan itu masih belum dikalahkan, sambil menambah ia adalah ‘perbezaan besar’ di pentas domestik.

“Terdapat banyak perkara negatif,” kata Giggs, merujuk kepada prestasi United di England. Ia mencatatkan kekalahan ke-18 musim ini selepas tewas 0-1 kepada Chelsea.

“Tetapi (ada) juga (berlaku) perkara positif dan musim ini belum tamat,” katanya pada sidang media di sini.

Giggs berada di ibu negara untuk mempromosikan perlawanan antara Manchester United dan Asean All Stars untuk Piala Cabaran Maybank 2025, yang akan diadakan pada 28 Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Giggs berkata jika United tersingkir daripada Liga Europa, ia akan menjadi penghujung musim yang sangat buruk.

“Tetapi kita masih mempunyai (perlawanan akhir menentang Tottenham Hotspur) untuk dinanti-nantikan dan diharapkan pemain boleh melakukannya.”

United akan bertemu Spurs, yang turut mempamerkan prestasi lemah, di Bilbao pada 22 Mei.

Giggs berkata peluang untuk bermain dalam Liga Juara-Juara mungkin sebab kedua-dua pasukan memberi tumpuan kepada Liga Europa.

Kedua-dua United dan Spurs kini masing-masing merosot di tempat ke-16 dan ke-17.

Giggs berkata terdapat banyak ‘tambahan’ tentang bermain dalam Liga Juara-Juara, termasuk menarik pemain.

Berhubung menandatangani pemain baharu, Giggs berpandangan bahawa United harus memberi tumpuan kepada merekrut penyerang tengah.

Beliau berkata pasukan terbabit hanya membawa masuk satu penyerang tengah yang diiktiraf sejak 10 tahun lalu, yang bermakna pasukan itu hanya bergantung kepada pemain berkenaan untuk mengetuai barisan hadapan.

Giggs berkata pada masa lalu, dengan tiga atau empat penyerang tengah, penyerang ini boleh masuk pada bila-bila masa.

“Jadi sudah pasti (mendapatkan) penyerang tengah. Kita perlu menjaringkan lebih banyak gol. Sekarang ini, kita terlalu bergantung kepada Bruno untuk menjaringkan gol,” katanya merujuk kepada Kapten United, Bruno Fernandes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.