
Beliau berkata peningkatan hasil dan kemajuan ekonomi negeri itu telah menarik perhatian negatif serta menyebabkan rasa cemburu daripada beberapa pihak.
“Itulah sifat manusia: bila seseorang berjaya, akan ada yang mula cemburu. Hasil Sarawak telah meningkat dengan ketara.
“Apabila ini berlaku, pihak yang tiada kerja lain mula memainkan naratif seperti ‘Sarawak untuk Orang Sarawak’ kepada mereka yang cemburu.
“Sebab itu saya perlu tangani isu melibatkan Petronas dan Petros,” katanya lapor The Borneo Post ketika berucap dalam satu majlis di Bau, Sarawak.
Abang Johari berkata sebagai Premier, beliau komited untuk mempertahankan hak dan kepentingan Sarawak.
“Saya akan terus mempertahankan apa yang menjadi hak Sarawak,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa ekonomi Sarawak kini berkembang pesat, dengan hasil tahunan melebihi RM15 bilion.
“Kita bersatu, kita bekerja keras dan politik kita stabil, tidak seperti di Semenanjung Malaysia yang kadangkala agak kucar-kacir – itu masalah mereka, bukan masalah kita,” katanya.
Abang Johari turut menegaskan bahawa kemajuan Sarawak seharusnya dilihat sebagai satu manfaat kepada seluruh negara.
“Kalau Sarawak maju, Malaysia pun akan maju. Sebab itu penting ekonomi Sarawak diurus dengan bijak dan disatukan dengan perpaduan rakyat kita. Itulah kekuatan unik kita,” katanya.