
Katanya, EU dan Malaysia berkongsi matlamat alam sekitar yang sama, sekali gus mencerminkan komitmen kukuh mereka di bawah Perjanjian Paris.
“Malaysia sama-sama komited. Lihat sahaja keputusan yang telah diambil iaitu Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Penyesuaian Nasional dan sasaran lain seperti memelihara 50% daripada litupan hutannya, mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45% menjelang 2050 dan mencapai sifar bersih menjelang 2050.
“Semua ini merupakan matlamat yang sangat bercita-cita tinggi dan usaha itu dapat dilihat dengan jelas.
“Itu menjadikan ia sebab yang kukuh untuk bekerjasama,” kata Daerr dalam program ‘The Nation: Diplomatic Dispatch’ bertajuk di Bernama TV.
Beliau berkata beberapa negara anggota EU merupakan peneraju dalam teknologi hijau dan mereka sudah pun berada di Malaysia, namun mahu meluaskan pembabitan mereka, sekali gus membuka peluang untuk meningkatkan kerjasama.
Mengenai kerjasama digital, Daerr menekankan 5G sebagai contoh utama, sambil memuji visi kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Digital Nasional Bhd (DNB), model rangkaian borong yang unik tidak seperti yang lain di dunia, dengan syarikat dari EU yang menyediakan teknologi tersebut.
“Langkah itu melonjakkan kedudukan Malaysia daripada tempat ke-70 kepada tiga teratas dari segi negara mempunyai hubungan 5G di dunia, satu kejayaan yang amat membanggakan.
“Apa yang mahu kita lihat sekarang ialah membina rangka kerja Industri 4.0 bagi pengguna dan perniagaan memperoleh keuntungan daripadanya,” katanya.
Daerr turut menekankan bahawa pelabur, yang memantau rapat perkembangan 5G, berminat untuk melihat kejayaan model tersebut, sebelum memperkenalkan inovasi tambahan.