
Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin berkata, semua anggota terlibat terdiri daripada pegawai rendah polis FRU Sungai Senam Ipoh, dengan lapan berasal dari Perak dan seorang dari Kedah, lapor Bernama.
Anggota FRU yang terkorban termasuk Perumal a/l Sugunanathan, 44, dari Lahat, Ipoh; Mohd Roslan Abd Rahim, 46, dari Tanjung Rambutan, Ipoh; Mohd Pozli Jaudin, 41, dari Gunung Rapat, Ipoh; Nurit Ak Pandak, 34, dari Kampar; dan Amiruddin Zabri, 38, dari Gopeng.
Selain itu, Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, dari Taiping; Muhamad Akmal Muhamad, 35, dari Kuala Kurau; Damarrulan Abdul Latif, 33, dari Ipoh; dan Akmal Wafi Annuar, 28, dari Lunas, Kedah, turut maut.
Sembilan anggota FRU itu meninggal dunia selepas trak dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian pada 8.50 pagi tadi.