
Pengerusi Zahid Hamidi berkata, langkah itu termasuk menyantuni sebarang perbezaan antara ketiga-tiga gabungan tersebut.
“Terutama untuk memastikan kerusi-kerusi yang akan ditandingi tidak bertindih antara satu sama lain,” katanya menurut Bernama selepas merasmikan majlis pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas.
Hari ini, Pengerusi GRS Hajiji Noor berkata keputusan berhubung PRN termasuk hasrat Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencadangkan GRS bekerjasama dengan PH-BN akan dirujuk kepada ahli Majlis Tertinggi GRS.
Semalam, Anwar yang juga pengerusi PH berkata kerjasama antara BN-PH-GRS pada PRN Sabah amat penting bagi menjamin kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.
Setakat ini, menurut Anwar kerjasama antara PH Sabah, BN Sabah, dan GRS masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan, manakala kenyataan berhubung kesepakatan PH, BN Sabah sebelum ini hanya di peringkat kedua-dua parti, belum melibatkan GRS.
Jumaat lalu, Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bersama mengesahkan kesepakatan PH-BN untuk bekerjasama menghadapi PRN Sabah.