Ribut petir, hujan lebat diramal di 9 negeri

Ribut petir, hujan lebat diramal di 9 negeri

MetMalaysia keluar amaran cuaca buruk antaranya di Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Pahang dan Sabah.

ribut petir
Amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan MetMalaysia melibatkan negeri-negeri di utara serta Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, iaitu di kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Bera dan Rompin di Pahang selain Hulu Langat di Selangor serta di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor di Tangkak, Segamat dan Muar.

Keadaan cuaca sama turut dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa kawasan di Sabah, termasuk pedalaman seperti Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau, selain kawasan Pantai Barat seperti Papar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.