Reman bapa tikam anak disambung seminggu

Reman bapa tikam anak disambung seminggu

Polis berkata mangsa sudah sedarkan diri, namun masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Penjara
Ketua Polis Pasir Mas Kama Azural Mohamed berkata reman suspek disambung hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. (Gambar Fail)
PETALING JAYA:
Reman seorang lelaki di Pasir Mas yang menikam anaknya berusia 11 tahun awal bulan ini disambung seminggu lagi.

Ketua Polis Pasir Mas, Kama Azural Mohamed, berkata reman suspek disambung bermula semalam hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Keadaan mangsa yang ditikam kini stabil dan sudah sedarkan diri, namun masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II,” katanya menurut Harian Metro.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak 11 tahun cedera dipercayai ditikam bapa kandungnya dua kali di dada dan perut menggunakan pisau pemotong sayur.

Suspek dilaporkan mempunyai masalah mental dan menerima rawatan psikiatri sejak 2008.

Punca kejadian dipercayai akibat krisis rumah tangga suspek yang kini dalam proses perceraian dengan isterinya buat kali ketiga, yang mana kes itu dijadualkan disebut di Mahkamah Syariah Tumpat 13 Mei ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.