Lelaki ditahan pecah cermin kenderaan Pejabat Ahli Parlimen Sri Gading

Lelaki ditahan pecah cermin kenderaan Pejabat Ahli Parlimen Sri Gading

Polis mengesahkan warga tempatan berusia 37 tahun itu positif methamphetamine.

vandalism kereta
Keadaan kenderaan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki disahkan positif dadah ditahan kerana dipercayai memecahkan cermin kenderaan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan.

Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kejadian kira-kira 11 pagi semalam itu berlaku di depan pusat khidmat berkenaan di Parit Yaani.

“Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal sebelum memecahkan cermin kenderaan yang digunakan kakitangan pusat khidmat berkenaan.

“Suspek lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan kira-kira 3 petang pada hari sama di sebuah rumah di Tongkang Pechah.

“Turut dirampas kenderaan, pakaian dan peralatan dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, hasil saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan kini direman empat hari hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.