Tengku Zafrul presiden baharu BAM

Tengku Zafrul presiden baharu BAM

Menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu dipilih sebulat suara untuk penggal 2025-2029 dalam mesyuarat agung tahunan BAM hari ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz hampir dilantik presiden BAM menggantikan Norza Zakaria yang bercadang berundur awal tahun lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Tengku Zafrul Aziz dipilih sebulat suara sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam mesyuarat agung tahunan ke-80 badan induk itu hari ini.

Pada 25 Mac lalu, majoriti ahli majlis BAM dilaporkan mencapai kata sepakat untuk menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu dilantik presiden bagi penggal 2025-2029.

Ketika itu, pemangku Presiden BAM, V Subramaniam dilaporkan berkata, mereka mahu bos yang terkenal sebagai tokoh korporat dan seorang menteri “dengan banyak pengalaman”.

Tengku Zafrul kemudian berkata, beliau mendapat peluang menerajui BAM dan diberikan lampu hijau oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Tengku Zafrul hampir dilantik presiden BAM apabila Norza Zakaria pada mulanya merancang berundur awal tahun lalu.

Kemudian, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh secara terbuka meminta Norza terus memegang jawatan itu sehingga tamat Sukan Olimpik Paris 2024 pada Ogos.

BAM kemudian memutuskan untuk melantik Subramaniam sebagai pemangku presiden sehingga mesyuarat agung tahunannya hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.