Rakyat Malaysia di India, Pakistan dinasihat hubungi kedutaan

Rakyat Malaysia di India, Pakistan dinasihat hubungi kedutaan

Menteri Luar Mohamad Hasan menasihatkan rakyat Malaysia tidak mengunjungi kawasan berisiko susulan serangan rentas sempadan antara dua negara itu.

india pakistan
Menteri Luar Mohamad Hasan berkata Malaysia menyeru India dan Pakistan menghentikan segera ketegangan serta tidak memburukkan lagi keadaan di sana. (Gambar AP) 
PETALING JAYA:
Rakyat Malaysia di India dan Pakistan, khasnya pelajar dinasihatkan menghubungi kedutaan di dua negara itu serta mengemukakan maklumat lengkap bagi memudahkan urusan komunikasi dan bantuan jika diperlukan.

Menteri Luar, Mohamad Hasan turut menasihatkan mereka berhati-hati serta tidak mengunjungi kawasan berisiko susulan serangan rentas sempadan antara dua negara itu yang dilaporkan baru-baru ini.

“Rakyat Malaysia yang berada di sana, khususnya pelajar dinasihatkan mengelak berkunjung ke tempat berbahaya terutamanya di Kashmir, batalkan dulu perjalanan ke sana.

“Setakat ini, tiada rakyat Malaysia terjejas (dalam serangan),” katanya menurut Bernama selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Senawang 3 di Seremban.

Beliau berkata, Malaysia menyeru India dan Pakistan menghentikan segera ketegangan serta tidak memburukkan lagi keadaan di sana.

Menurutnya, Wisma Putra turut memaklumkan kerajaan mengikuti rapat perkembangan terkini ketegangan antara India dan Pakistan serta menggesa kedua-dua negara itu bertenang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.