
Beliau menegaskan pencalonan naib presiden PKR itu kehendak majoriti akar umbi dan tiada unsur nepotisme.
Katanya, Nurul Izzah sendiri telah membuktikan kemampuannya, menyertai perjuangan PKR sejak berusia 18 tahun.
“Siapa kita untuk nafikan hak Nurul Izzah bertanding bagi jawatan tersebut, adakah kerana dia anak Anwar? Sebaliknya, lihat siapa yang mahukan kepimpinan beliau jika bukan akar umbi parti.
“Saya sendiri lantang menentang budaya nepotisme sama ada dalam parti atau kerajaan. Tetapi Nurul Izzah ada kapasiti sendiri, ini juga jawatan penting dan beliau layak menjawatnya,” katanya dalam majlis di Johor Bahru, lapor Utusan Malaysia.
Menyokong Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden PKR, Hassan berkata keputusan harus dibuat oleh ahli parti secara bersama.
“Biarlah ada pertandingan bagi jawatan itu, kalah atau menang akan ditentukan oleh ahli-ahli PKR yang mengundi pada kongres nasional tidak lama lagi.
“Jika boleh, biar ada saingan dua atau tiga penjuru, biarkan ia sengit, jadi apa-apa keputusan akhir semua pihak berpuas hati,” kata bekas ketua PKR Johor itu.