
Timbalan Ketuanya, Anwar Karison, berkata kemampuan Saifuddin menunjukkan kepimpinan bukan sahaja dalam parti, tetapi sebagai menteri.
“Beliau berpengalaman luas, berprinsip, setia kepada parti dan sentiasa komited dalam memperjuangkan agenda reformasi serta mempertahankan prinsip keadilan sosial dan demokrasi.
“Kami percaya dengan gabungan kepimpinan Presiden Anwar Ibrahim dan Saifuddin yang penuh berpengalaman, PKR akan terus kukuh dan mampu menghadapi cabaran politik semasa serta PRU akan datang,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, Saifuddin lebih ‘neutral’ dan kurang kontroversi, sekali gus dapat merapatkan kembali jurang antara kem dalam parti.
“Kami menyeru semua bahagian dan anggota PKR seluruh negara menyokong pencalonan Saifuddin bagi memastikan parti terus ke hadapan dengan semangat perpaduan, kestabilan dan matlamat reformasi jelas,” katanya.
Selain Saifuddin, Nurul Izzah Anwar turut dilaporkan mendapat sokongan 19 daripada 22 ketua PKR Selangor untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu.