
Sinar Harian melaporkan Abdul Halim Ismail, 37, membuat pengakuan itu di depan Hakim Hazeelia Muhammad.
Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki di sebuah hotel di Port Dickson kira-kira 10 malam pada 28 dan 29 Jun 2023.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan, dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni tidak menawarkan sebarang jaminan dan memaklumkan tertuduh berdepan pertuduhan amang seksual terhadap mangsa sama di Mahkamah Sesyen Raub, Ipoh serta Melaka sejak 2023.
Peguam Aliff Aiman Rusli memohon mahkamah membenarkan jaminan kerana anak guamnya kini digantung tugas dan tiada pendapatan sejak 2023, selain perlu menanggung bapa berusia 78 tahun.
Beliau mencadangkan jaminan RM5,000 bagi keseluruhan kes.
Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu mangsa serta saksi.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 9 Jun ini.