Wanita ditemukan maut selepas tercampak dari van

Wanita ditemukan maut selepas tercampak dari van

Menurut polis, mangsa berusia 44 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak.

Aidil Bolhassan
Ketua Polis Cheras Aidil Bolhassan berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian kira-kira 2.58 petang tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang wanita disahkan meninggal dunia selepas tercampak keluar daripada sebuah van di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) petang tadi.

Ketua Polis Cheras Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.58 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada pengadu, mangsa dilihat tercampak daripada sebuah van berdekatan kawasan R&R Awan Besar sebelum pemandu kenderaan itu beredar melarikan diri.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Punca kematian sebenar masih belum diketahui, katanya.

Dalam pada itu, Aidil turut memberitahu pihak media, mangsa bukan Pamela Ling yang didakwa dilarikan tiga individu ketika dalam perjalanan memberikan keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 9 April lepas.

Sebaliknya, mangsa dalam kejadian hari ini berusia 44 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.