
hingga menggugat landskap politik Sabah.
Ketua Penerangannya, Suhaimi Nasir, berkata ia adalah keperluan penting untuk mengelakkan berulangnya isu khianat dan lompat parti yang boleh menggugat kerajaan negeri yang bakal dibentuk.
“Mesti. Betul (wujudkan MoU). Kalau boleh perjanjian yang kena stamping (cop) kerana terlampau banyak permainan (dalam politik Sabah) dan sangat dinamik. Sebab itulah masalahnya ada kelompongan dalam Akta Antilompat parti.
“Contohnya macam kita bekerjasama antara BN-PH tetapi apabila dalam PH itu ada beberapa parti dan dalam BN pun ada beberapa parti, kalau dia lompat menyokong (parti) sebelah hilanglah majoriti.
“Ini perkara bukan mustahil. Tanding atas tiket bukan tiket macam kita tanding bukan atas tiket Umno. Tapi kita tanding atas tiket BN. (Akta) Antilompat parti bukan BN sama PH. Sebab itu gabungan. Kita ini parti. Jadi tak tahu macam mana. Tapi ia boleh berlaku (lompat parti),” katanya pada sidang media semalam, menurut Berita Harian.
Tambahnya lagi, Umno begitu baik dalam mempercayai mana-mana parti sehingga ditikam belakang susulan beberapa peristiwa yang berlaku sebelum ini hingga menggugat landskap politik Sabah.
Katanya, ia sekali gus mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan rakyat sehingga berlaku defisit keyakinan terhadap orang politik.
“Kita ini Umno cukup baik. Terlalu mempercayai mana-mana parti. Tapi dalam masa sama kena tikam belakang sudah beberapa kali. Pada 2022 misalnya, kita dengan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) kena tikam. Sepatutnya siapa yang menjadi tunjang kerajaan pada 2020? Siapa banyak kerusi? Kita banyak kerusi tapi jadi ‘second man’ (pilihan kedua).
“Apabila penbentukan kerajaan, jawatan-jawatan telah dibahagikan pun kita masih menjadi pilihan kdua. Kerana kuasa itu terletak pada mereka iaitu PN (Perikatan Nasional) selaku (kerajaan) pusat.
“Jadi bila berlaku sedemikian, kita mengharapkan pada PRN17, antara pakatan atau gabungan parti mesti ada persefahaman yang betul-betul. Kalau tidak kita pun tak berani, kita pun takut.
“Lebih baik kita jalan dengan musuh di depan daripada kita berjalan bersama, tetapi ada musuh dari belakang. Itu yang kita takut berlaku kerana sudah berkali-kali (dikhianati),” katanya.