Lelaki terjatuh dari bot dikhuatiri lemas

Lelaki terjatuh dari bot dikhuatiri lemas

Seorang pengendali terjatuh ke dalam laut apabila bot melanggar tiang di jambatan kedua Pulau Pinang.

sedang giat mencari seorang mangsa yang terjatuh dari bot ketika menyauk kerang di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Bomba khuatir seorang lelaki lemas selepas terjatuh dari bot ketika menyauk kerang di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, berkata Ismail Ahmad, 28, masih belum dijumpai.

“Kejadian melibatkan sebuah bot yang melanggar tiang bernombor 274 di jambatan kedua Pulau Pinang itu dan terdapat seorang mangsa iaitu pengendali terjatuh ke dalam laut,” katanya, lapor Bernama.

Shoki berkata penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 10.39 pagi.

Usaha mencari mangsa sedang giat dijalankan di lokasi di mana dia dipercayai terjatuh. Operasi turut dibantu persatuan nelayan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.