Pekerja swasta rugi RM3.1 juta terperdaya pelaburan saham tak wujud

Pekerja swasta rugi RM3.1 juta terperdaya pelaburan saham tak wujud

Mangsa dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp untuk sertai pelaburan dan mula melabur pada 17 Dis tahun lepas.

Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa buat laporan polis pada 17 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)
SEREMBAN:
Seorang pekerja swasta kerugian RM3.1 juta selepas melabur dalam saham komunikasi, industri dan minyak yang didakwa beroperasi di China tahun lepas.

Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata, lelaki berusia 50 tahun itu berurusan dengan beberapa individu melalui WhatsApp bagi menyertai pelaburan berkenaan.

“Mangsa dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp untuk menyertai pelaburan dan mula melabur pada 17 Dis tahun lepas.

“Mangsa juga mendaftar di sebuah aplikasi yang memaparkan semua urusan pelaburan dan keuntungan diterima,” katanya dalam kenyataan.

Mohammad Hatta berkata, mangsa membuat 34 transaksi kewangan ke empat akaun didaftarkan atas nama syarikat dan perniagaan berbeza sebelum berasa ditipu kerana tidak dapat mengeluarkan keuntungan pelaburan itu.

Mangsa membuat laporan polis pada 17 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.