ConocoPhillips sah tarik diri projek minyak Salam-Patawali

ConocoPhillips sah tarik diri projek minyak Salam-Patawali

Syarikat minyak AS itu berkata keputusan itu berdasarkan keutamaan dalam portfolio global syarikat.

Penarikan diri syarikat minyak AS, ConocoPhillips daripada projek medan minyak dan gas laut dalam di luar pantai Sarawak kali pertama dilaporkan pada 15 April. (Gambar fail)
KUALA LUMPUR:
Syarikat minyak utama Amerika Syarikat (AS) ConocoPhillips mengesahkan menarik diri daripada projek medan minyak dan gas laut dalam Salam-Patawali, juga dikenali sebagai Block WL4-00, di luar pantai Sarawak.

“ConocoPhillips memilih untuk tidak meneruskan pembangunan projek WL4-00, semata-mata berdasarkan keutamaan dalam portfolio global syarikat,” kata syarikat dalam satu kenyataan ringkas.

Medan minyak dan gas laut dalam itu yang ditemui bersama Petronas pada 2018, dibangunkan di bawah usaha sama 50:50.

Penarikan diri syarikat itu kali pertama dilaporkan oleh saluran berita pada 15 April dan muncul semula baru-baru ini.

Laporan menyatakan bahawa keputusan itu adalah sebahagian daripada ‘semakan semula strategi negara’, yang tidak dihuraikan oleh syarikat itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.