Melaka peruntuk RM660,000 galak aktiviti sukan

Melaka peruntuk RM660,000 galak aktiviti sukan

Program dilaksanakan di fasiliti sukan yang terdapat di 28 DUN.

Kejohanan piala ketua menteri Melaka melibatkan semua golongan belia bermula di peringkat DUN dan diakhiri peringkat negeri membabitkan bola sepak, futsal, sepak takraw, bola keranjang, bola jaring dan snuker. (Gambar Bernama)
MELAKA:
Kerajaan Melaka memperuntukkan RM660,000 setiap tahun khusus bagi menggalakkan aktiviti sukan dalam kalangan masyarakat menerusi penganjuran pelbagai program sukan di negeri itu, dan merebut piala ketua menteri Melaka.

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam, berkata program sukan tersebut dilaksanakan di fasiliti sukan yang terdapat di 28 DUN.

“Kejohanan piala ketua menteri Melaka ini melibatkan semua golongan belia, bermula di peringkat DUN dan diakhiri peringkat negeri membabitkan sukan bola sepak, futsal, sepak takraw, bola keranjang, bola jaring dan snuker,” katanya pada sidang DUN Melaka di Seri Negeri.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Siti Faizah Abdul Azis (BN-Sungai Rambai) yang mahu tahu apa usaha kerajaan negeri dalam memperkasa belia di Sungai Rambai, termasuk usaha menyediakan lebih banyak peluang dalam bidang sukan dan pembangunan kemahiran.

Shanmugam berkata, pelbagai program dilaksanakan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka sebagai usaha memperkasa golongan belia Sungai Rambai, antaranya program Kem Anak Muda (Kamu) di Kem Modal Insan Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin yang melibatkan 80 peserta dan urus setia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.