
Exco Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Mansor Zakaria, berkata enam lagi yang dirawat sebagai pesakit luar telah dibenarkan pulang.
“Dua individu terbabit mengalami jangkitan dan simptom ruam serta lepuh di kulit, dibawa ke Hospital Yan, sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
“Keadaan mereka dilaporkan stabil walaupun pelajar berkenaan sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi (ICU),” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca jangkitan termasuk pengambilan sampel air dan darah, dengan keputusan penuh ujian dijangka mengambil masa.
“Buat masa ini, tiada bukti menunjukkan berlakunya jangkitan yang boleh merebak seperti denggi atau penyakit berjangkit lain,” katanya.
Dalam pada itu, Mansor berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah mengarahkan kem berkenaan ditutup sementara serta memeriksa beberapa kem lain yang berdekatan bagi menjamin keselamatan peserta.
Terdahulu, 39 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah menengah dilapor mengalami simptom demam, batuk, dan ruam selepas menyertai program di tapak perkhemahan persendirian itu.