RASMI: BN menang Ayer Kuning dengan majoriti besar

RASMI: BN menang Ayer Kuning dengan majoriti besar

Kelebihan undi yang diperoleh mengatasi undi yang diperoleh pada PRU 2022.

celebration at BN Command Center
BN rai kemenangan ke atas dua pencabar dengan majoriti 5,006 undi, untuk sekali lagi mempertahan DUN Ayer Kuning.
TAPAH:
Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di DUN Ayer Kuning dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan majoriti lebih besar.

Menurut keputusan rasmi, calon BN, Yusri Bakir menang dengan kelebihan 5,006 undi, menewaskan pencabar Abd Muhaimin Malek dari Perikatan Nasional (PN) dan KS Bawani dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK DUN Ayer Kuning, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori, di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Merdeka.

Secara keseluruhan, setiausaha Umno Tapah itu peroleh 11,065 undi sementara Muhaimin 6,059 undi dan Bawani 1,106 undi.

Peratusan keluar mengundi kali ini mencapai 58.07% berbanding 74.85% pada PRU 2022.

Seramai 31,897 pengundi dalam daftar pemilih PRK Ayer Kuning.

Pada PRU 2022, Ishsam Shahruddin mempertahankan kerusi tersebut dengan kelebihan 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru, menewaskan pencabar dari Pakatan Harapan, PSM (Parti Sosialis Malaysia), dan Pejuang.

PH dan BN kemudian membentuk kerajaan perpaduan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.