Pertahan Ayer Kuning, Yusri tekad tunai janji manifesto

Pertahan Ayer Kuning, Yusri tekad tunai janji manifesto

Calon BN itu pada kempen PRK Ayer Kuning kemuka tujuh tawaran kepada penduduk.

YUSRI BAKIR PRK AYER KUNING
Calon BN Yusri Bakir mahu menunaikan setiap janji manifesto kepada penduduk Ayer Kuning antaranya pertingkat keupayaan sara hidup.
TAPAH:
Calon Barisan Nasional (BN) Yusri Bakir yang menang Ayer Kuning bertekad menunaikan setiap janji manifesto.

“Iinsya-Allah apa yang kita tawarkan dalam manifesto akan diusahakan sehingga mencapai tahap baik demi keselesaan dan kebaikan penduduk,” katanya kepada pemberita selepas secara rasmi menang PRK Ayer Kuning.

Yusri menang dengan kelebihan 5,006 undi, menewaskan pencabar Abd Muhaimin Malek dari Perikatan Nasional (PN) dan KS Bawani dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Secara keseluruhan, setiausaha Umno Tapah itu peroleh 11,065 undi, sementara Muhaimin 6,059 undi dan Bawani 1,106 undi.

Sebelum ini, Yusri mengemukakan tujuh tawaran dalam manifesto untuk penduduk pada kempen PRK.

Ia merangkumi ekonomi tempatan yang makmur, meningkatkan keupayaan sara hidup rakyat, pembangunan infrastruktur setempat serta agenda anak muda dan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Selain itu, beliau turut memfokuskan terhadap warga emas, wanita, dan Orang Asli, pendidikan berkualiti untuk anak jati Ayer Kuning.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.