
Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin, berkata satu mesyuarat bersepadu akan diadakan dalam masa terdekat melibatkan semua agensi berkepentingan dari negeri dan pusat.
“Kami mengambil serius isu ini dan akan memastikan pandangan daripada semua pihak berkepentingan diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya dalam kenyataan.
Terengganu melarang penjualan produk vape di semua premis perniagaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri itu, mulai 1 Ogos.

Perkembangan itu menyusuli saranan polis pada 17 Apr lalu, agar kerajaan negeri mengenakan larangan tertentu berkenaan penjualan rokok elektronik kerana kes penyalahgunaan dadah sintetik menggunakan rokok elektronik semakin membimbangkan.
Ayob Khan juga dilapor berkata Terengganu mencatatkan kes penyalahgunaan dadah kedua tertinggi di Malaysia, dengan 914 kes dalam setiap 100,000 penduduk.
Pihak berkuasa tempatan di Johor tidak mengeluarkan lesen penjualan vape selaras undang-undang kerajaan tempatan berkaitan yang dikuatkuasakan bermula 2016.
Mengulas lanjut, Jamaliah berkata pada masa ini, lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh PBT di Selangor adalah khusus untuk peralatan elektronik dan tidak merangkumi penjualan rokok elektronik atau cecair vape.
“Di peringkat persekutuan, kawal selia terhadap produk merokok termasuk vape adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) dan JKNS, seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024,” jelasnya.
Beliau berkata agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga akan dilibatkan dalam sesi perbincangan bagi melihat implikasi dari pelbagai sudut.
“Kerajaan negeri komited untuk memastikan setiap dasar yang dibuat mengutamakan kesihatan awam serta kesejahteraan rakyat Selangor secara keseluruhan,” tegas Jamaliah.