Menara KL buka semula esok

Menara KL buka semula esok

Kementerian Komunikasi berkata kerajaan komited memastikan penyampaian efisien dan penambahbaikan keselamatan menerusi pengurusan baru, LSHSM.

kl tower
Menara KL ditutup pada 17 April lalu untuk memberi ruang kepada pengurusan baharu, iaitu LSHSM, melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.
PETALING JAYA:
Menara Kuala Lumpur (KL) akan beroperasi semula esok, umum Kementerian Komunikasi.

Dalam kenyataan, lokasi popular itu akan dibuka untuk kunjungan awam bermula 9 pagi.

“Pembukaan semula Menara Kuala Lumpur ini selari dengan komitmen berterusan kerajaan Madani dalam menjamin kesejahteraan pekerja yang terlibat, di samping menyediakan perkhidmatan serta persekitaran kondusif dan selamat buat para pengunjung,” katanya.

Katanya, kerajaan komited memastikan penyampaian efisien di Menara KL termasuk penambahbaikan berterusan kepada aspek keselamatan pengunjung dalam luar negara menerusi pengurusan baru, LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini mengumumkan penutupan sementara Menara KL bermula 17 April untuk memberi ruang kepada LSHSM, melakukan kerja-kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan demi keselamatan dan keselesaan pengunjung.

LSHSM mendapat konsesi selama 20 tahun bermula 1 April, mengurus menara komunikasi itu selepas tempoh konsesi Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) tamat pada 31 Mac.

Kementerian Komunikasi menjelaskan Menara KL adalah milik kerajaan dan pengambilalihan konsesi hanya melibatkan perubahan pengurusan serta operasi yang telah dilaksanakan melalui notis pelawaan cadangan (RFP).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.