
Kementerian Luar mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Istiadat pengebumian Negara berkenaan termasuk mengadakan upacara keagamaan berdasarkan adat Roman Katolik (Misa Pengebumian) di St. Peter’s Square, Vatican City yang akan dipimpin oleh Giovanni Battista Re, Ketua Kolej Kardinal.
Setelah itu, istiadat perarakan akan diadakan bagi mengiringi jenazah Paus Francis ke Basilika Santa Maria Maggiore di Rom, menyaksikan mendiang akan disemadikan dalam satu upacara tertutup.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Paus Francis pada 21 April 2025.
Dalam perutusan beliau, perdana menteri memperingati sumbangan besar kepada usaha dialog antara agama, pengurusan alam sekitar serta perlindungan hak bagi golongan dimarginalisasi.
Pada 23 April, Ewon juga menandatangani Buku Takziah di Kedutaan Vatican di Kuala Lumpur bagi pihak Kerajaan Malaysia.