Tiada bantahan ketika Azizah tanding ketua PKR Jempol, kata pemimpin

Tiada bantahan ketika Azizah tanding ketua PKR Jempol, kata pemimpin

Ahli MPP PKR Mohd Yahya Sahri berkata status Azizah Salim Shah sebagai ahli Pejuang hanya diketahui apabila ada bantahan selepas pemilihan.

Azizah Salim Shah G Manivanan
Azizah Salim Shah menewaskan Setiausaha Politik Anwar Ibrahim G Manivanan pada pemilihan ketua PKR Jempol.
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin PKR menjelaskan status Azizah Salim Shah sebagai ahli Pejuang yang menang ketua PKR Jempol 13 April lalu tidak disedari kerana tiada bantahan dibuat pihak bertanding.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Mohd Yahya Sahri, berkata Azizah mencalonkan dirinya dengan mengemukakan bukti keahlian PKR, membayar yuran dan mengemukakan laporan insolvensi selain mempunyai pencadang serta penyokong.

“Pada waktu itu mungkin tiada bantahan jadi orang tidak tahu.

“Tetapi bila dah semak balik (baru diketahui status Azizah sebagai ahli Pejuang) dan bantahannya diterima,” katanya kepada FMT, mengesahkan nama Azizah digugurkan daripada pemilihan semula.

Pada pemilihan itu, Aizah menerima 450 undi untuk menewaskan Setiausaha Politik Pejabat Presiden PKR G Manivanan yang mendapat 248 undi. Pencabar lain Muhammad Asri Abdullah (83 undi) dan K Mariappan (52 undi).

Ketua PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengesahkan pemilihan semula bagi PKR Jempol akan diadakan minggu ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa mengesahkan pemilihan semula bagi PKR Jempol, Silam dan Selayang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.