
Dalam kenyataan, KPM berkata kecuaian itu tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.
“Tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat. Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan,” katanya.
Katanya, laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan.
Dalam laporan itu turut terkandung gambar pelajar di dalam kelas dengan Jalur Gemilang tergantung di dinding yang memaparkan dua bintang, bukan satu. Selain itu, bendera tersebut hanya mempunyai lapan jalur merah dan putih, bukan 14 seperti sepatutnya.
Minggu lalu, akhbar Sin Chew Daily dikecam selepas menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit di muka depannya.
Siasatan polis dijalankan dan membawa kepada penahanan dua editor kanannya. Sin Chew kemudian memohon maaf atas ‘kesilapan teknikal’ dan menggantung tugas ketua pengarang serta timbalan ketua penyuntingnya sehingga siasatan selesai.