
Muhammad Isnabil Ishsam berkata beliau dimaklumkan rakannya mengenai penganjuran satu perlawanan bola sepak tiga penjuru menggunakan nama Akademi Bola Sepak YB Haji Ishsam (AYBI FC) yang berlangsung pada 5 petang esok.
Difahamkan perlawanan bola sepak itu disertai oleh beberapa ahli politik pembangkang.
“Kami langsung tidak dimaklumkan mengenai penggunaan nama AYBI FC. Selepas kami tegur, tiba-tiba penganjur tukarkan kepada nama kelab lain,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Umno Tapah.
Katanya, susulan itu beliau membuat satu laporan polis di IPD Tapah untuk tindakan lanjut dan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan penyokong Barisan Nasional (BN).
“Bapa saya tidak pernah mempunyai kaitan dengan PN dan sentiasa mengutamakan perjuangan bersama Umno serta BN hingga nafas terakhirnya,” katanya.
AYBI FC ditubuhkan pada Januari 2023 dan sedang menunggu kelulusan untuk mendaftarkannya di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
PRK Ayer Kuning Sabtu ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri Bakir dari BN, Abd Muhaimin Malek dari PN dan Bawani KS dari PSM.
PRK itu diadakan susulan kematian Ishsam pada 22 Feb lalu.