Tangguh kemenangan PAS bukan haji, kata Puad

Tangguh kemenangan PAS bukan haji, kata Puad

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata tindakan itu tidak bermakna menangguhkan kemenangan Islam.

Puad Zarkashi
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata jika PAS menang PRK Ayer Kuning ia tidak mengubah kerajaan perpaduan di Perak.
PETALING JAYA:
Seorang pemimpin Umno menggesa pengundi ‘menangguhkan kemenangan PAS’ pada PRK Ayer Kuning bagi menghentikan politik kebencian termasuk penggunaan ayat al-Quran dan hadis sesuka hati.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Puad Zarkashi, dengan nada sindiran berkata dengan menangguhkan kemenangan PAS, ia tidak bermakna menangguhkan kemenangan Islam.

“Belum tentu PAS menang maka Islam akan tertegak. Apatah lagi kalau PAS menang di PRK Ayer Kuning. Setakat menang satu kerusi tidak mengubah kerajaan perpaduan di Perak,” katanya di Facebook.

Puad juga berkata, PAS tidak membuktikan sebarang kejayaan apabila berkuasa dengan merujuk pentadbiran parti itu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“(Jadi) tangguh kemenangan PAS, jangan tangguh haji dan umrah,” katanya yang mengulas kenyataan Presiden PAS, Hadi Awang bahawa ‘kemenangan politik’ bagi Islam patut diutamakan, berbanding menunaikan haji atau umrah.

Dalam kempen PRK Ayer Kuning minggu lalu, Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata, kemenangan politik tidak boleh ditangguhkan kerana ‘Islam mesti berkuasa dan memerintah sekali gus memimpin’.

Bagaimanapun, kenyataan itu menerima teguran banyak pihak, antaranya Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah menasihatkan semua berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sepanjang kempen pilihan raya.

Luqman berkata, isu berkenaan tidak seharusnya timbul memandangkan tarikh penerbangan pertama jemaaah dari Malaysia ke Makkah pada 29 April, tiga hari selepas pengundian PRK Ayer Kuning dan jika berlaku pertembungan sekali pun, ia adalah isu menyusun tertib keutamaan dalam melaksanakan sesuatu tuntutan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.