
PETALING JAYA: Seorang guru direman lima hari kerana disyaki mencabul tiga murid Tahun Tiga sebuah sekolah di Iskandar Puteri, Johor.
Ketua Polis Iskandar Puteri, M Kumarasan, berkata lelaki 47 tahun itu ditahan semalam susulan laporan tiga murid berusia sembilan tahun.
Menurutnya, suspek direman lima hari hingga Ahad ini untuk disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
“Polis tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes ini kerana siasatan masih berjalan,” katanya menurut Berita Harian.