KKM keluar lebih 37,000 notis kesalahan merokok

KKM keluar lebih 37,000 notis kesalahan merokok

Jumlah itu direkodkan hasil 10,212 operasi dijalankan di seluruh negara mula Oktober hingga Mac lalu.

smoking ban
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Norhayati Rusli, berkata 116 kes dibawa ke mahkamah selain sitaan 11,563 produk merokok bernilai RM266,833.
KUALA TERENGGANU:
Kementerian Kesihatan mengeluarkan 37,381 notis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sejak dikuatkuasakan 1 Okt 2024 hingga 31 Mac lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Norhayati Rusli, berkata jumlah itu direkodkan hasil 10,212 operasi dijalankan di seluruh negara.

Beliau berkata, sebanyak 116 kes telah dibawa ke mahkamah melibatkan kesalahan mengikut Seksyen 7(1) Larangan Pengiklanan Produk Tembakau, Seksyen 9(1) Larangan Promosi atau Tajaan Produk Tembakau, Seksyen 10(1) Larangan Penjualan Produk Tembakau, Seksyen 11(1) Larangan Penjualan Produk Tembakau Tiruan, dan Seksyen 12(1) Larangan Produk Tembakau Sebagai Pemberian Hadiah.

“Dalam tempoh itu juga, KKM telah menyita 11,563 produk merokok bernilai RM266,833.10.

“KKM telah melaksanakan penguatkuasaan pendidikan kepada 206,657 individu yang mempunyai kaitan dengan jualan rokok bagi memastikan mereka memahami dan mematuhi penguatkuasaan Akta 852,” katanya pada Majlis Pelancaran Op Cakna Penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam Siri 2/2025.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.