
Dalam kejadian 9.35 pagi itu, guru berkenaan juga ditampar di kiri kanan pipi, termasuk suspek turut melarikan sebuah telefon bimbit.
Ketua Polis Sabak Bernam, Md Yusof Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang tenaga pengajar memaklumkan disamun tiga lelaki tempatan menaiki kereta Perodua Bezza.
“Ketiga-tiga suspek bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam premis dan melarikan dua utas rantai emas dan sebuah telefon bimbit milik dua guru terbabit.
“Polis menerima maklumat, salah seorang suspek bersenjatakan parang bertindak agresif dengan menampar guru wanita terbabit sebanyak dua kali di bahagian pipi kiri dan kanan,” katanya menurut Sinar Harian.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian terdapat dua guru, seorang pembantu dapur, dan 10 kanak-kanak di premis itu.
“Namun, tiada kanak-kanak cedera, namun dua guru taska mengalami kerugian selepas barangan kemas dan telefon bimbit jenama Realme dilarikan suspek.”
Md Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun berkawan dengan senjata.
Beliau berkata, usaha mengesan suspek masih giat dijalankan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Nor Aimi Lyana Mohd Khairani di talian 018-2510452 atau hadir ke IPD Sabak Bernam.