Pelajar dipercayai sawan lepas hisap vape

Pelajar dipercayai sawan lepas hisap vape

Siasatan awal mendapati pelajar itu dipercayai menghisap vape bersama rakan di tandas sekolah pagi tadi.

vape
Pengarah Pendidikan Perlis Rose Aza Che Arifin berkata jenis vape belum dapat dikenal pasti oleh pegawai perubatan dan pihaknya membantu sekolah menyediakan laporan awal.
PETALING JAYA:
Seorang pelajar Tingkatan 3 sebuah sekolah menengah di Kangar, Perlis, dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah selepas diserang sawan dipercayai kerana menghisap vape.

Kejadian berlaku sekitar 9.35 pagi apabila pelajar itu bersama dua lagi rakan keluar kelas tanpa kebenaran guru ketika menjawab kertas ujian bahasa Inggeris di sekolah.

Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin, berkata ketika seorang guru lain mengambil tugasan mengawas di kelas itu, dia mendapati mangsa dipapah masuk ke kelas oleh dua rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mulut berbuih.

Katanya, guru bertugas segera melaporkan perkara itu kepada pentadbir sekolah sebelum menghubungi ambulans dan waris pelajar untuk dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

“Siasatan awal kita mendapati, mangsa dipercayai menghisap vape bersama rakan di tandas sekolah lebih kurang 9.30 pagi.

“Namun, jenis vape belum dapat dikenal pasti oleh pegawai perubatan pada masa ini dan kita membantu pihak sekolah menyediakan laporan awal,” katanya menurut Harian Metro.

Rose Aza berkata, pihaknya sudah mengarahkan guru disiplin dan kaunselor sekolah hadir ke HTF bagi untuk lanjut.

“Pihak sekolah turut menghantar laporan awal kepada Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.