Lebih 1,000 bomba obes, ratusan berpenyakit

Lebih 1,000 bomba obes, ratusan berpenyakit

Ketua Pengarah Bomba Nor Hisham Mohammad dedah 299 pegawai dan anggota ada kencing manis, darah tinggi, dan masalah koronari.

Ketua Pengarah Bomba Nor Hisham Mohammad mahu program intervensi serta pemulihan fizikal diperkasa ke atas pegawai dan anggotanya.
PETALING JAYA:
Bomba kenal pasti 1,181 pegawai dan petugasnya yang obes, manakala 229 lagi didapati menghidap pelbagai masalah kesihatan.

Ketua Pengarah Nor Hisham Mohammad, berkata kebanyakan mereka menghadapi masalah penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi, isu koronari dan pernafasan, kecederaan otot, atau kombinasi dua atau lebih masalah kesihatan.

Beliau berkata, petugas bomba perlu memberikan penekanan lebih kepada aspek mengekalkan kecergasan dan kesihatan semasa menjalankan tugas.

“Kaji semula secara menyeluruh dan perkasakan lagi program intervensi serta pemulihan bagi memastikan anggota kekal dalam keadaan fizikal terbaik, kerana memadam kebakaran memerlukan tahap kecergasan fizikal yang tinggi,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Bomba Kelantan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan 30 tahun, di Kota Bharu.

Hisham seterusnya memberi contoh kegigihan seorang pegawai kanan bomba, Samsu Bahrin Abu Bakar yang berjaya menurunkan berat badan daripada 104kg kepada 84kg selepas menjalani program yang sesuai.

“Keazaman serta cara pemikirannya wajar dicontohi. Pada mulanya dia hanya menyesuaikan tabiat pemakanannya dan komited untuk berjalan pantas 10,000 langkah setiap hari tanpa gagal selama tiga bulan berturut-turut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.